Alor Setar & Pengurusan Ekonomi Alor Setar

Sebagai salah satu daripada lima buah bandar yang utama di Kedah (selain daripada Sungai Petani, Kulim, Jitra dan Langkawi), Alor Setar juga adalah pusat perindustrian yang penting di negeri Kedah. Industri-industri utamanya termasuk kilang-kilang elektronik, kilang-kilang membina kapal, dan kilang-kilang penapis bahan sumber semulajadi.

Pusat beli-belah yang banyak di Alor Setar memenuhi keperluan pelancong asing mahupun tempatan yang melawat bandar raya ini untuk membeli-belah atau berhibur. Hasilnya, pemandangan aktiviti beli-belah di Alor Setar adalah sangat pesat bagi sebuah bandar raya yang mempunyai saiz sedemikian. Kawasan beli-belah utama terletak di pusat bandar raya, manakala sebilangan pusat beli-belah besar terletak di pinggir bandar raya.

Kawasan perindustrian berat dan ringan ialah Mergong Barrage, Mergong 1 & 2, Tandop dan Perindustrian Ringan Kristal, serta Taman Perindustrian 2010 yang terletaknya di kawasan pinggir bandar.

Alor Setar menikmati hubungan ekonomi yang rapat dengan Pulau Pinang. Ramai penduduk di Alor Setar bekerja ulang-alik di Pulau Pinang berikutan kadar gaji disana yang lebih tinggi daripada di Kedah dapat mempercepatkan pertumbuhan ekonomi di Kedah.

Kemudahan Perbankan

Alor Setar mempunyai banyak cawangan bank-bank utama bagi penduduk tempatan mahupun luar.

  • AgroBank
  • Maybank
  • Bank Rakyat
  • Tabung Haji
  • Ambank
  • EON Bank Bhd
  • Hong Leong Bank
  • AmIslamic
  • Public Bank Bhd
  • Affin Bank Bhd
  • CIMB Bank Bhd
  • RHB Bank Bhd
  • Bank Simpanan Nasional
  • Alliance Bank
  • Standard Chartered
  • Bank Islam Malaysia Bhd
  • Bank Kerjasama Rakyat
  • HSBC Bank Malaysia

Peruncitan Besaran

Di sekitar kawasan Bandaraya Alor Setar, terdapat banyak pusat membeli-belah utama seperti Billion Supermarket, City Plaza, Plaza Sentosa, Mydin Mall, Plaza MBAS, Alor Setar Mall, Star Parade dan Ukir Mall. Di kawasan Bandaraya Alor Setar juga terdapat 2 buah pusat membeli-belah Tesco seperti Tesco Mergong, Tesco Stargate, dan sebuah Giant iaitu Giant Albukhary serta pusat beli-belah Aeon Big Alor Setar yang terletak di Jalan Gangsa yang baru dibuka.

Star Parade

  • Merupakan pusat beli-belah yang terbesar pertama di Alor Setar pada masa dahulu. Pusat beli-belah ini terletak di antara Jalan Sultan Badlishah dengan Jalan Teluk Wanjah yang dikelilingi oleh Menara Peladang, Wisma PKNK, Pejabat Risda Negeri Kedah dan Perkeso Kedah di pusat bandaraya. Pusat membeli-belah ini mempunyai 5 tingkat ini turut menempatkan Kedai Buku Popular yang terbesar di bandaraya ini. Ia dibuka dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Selain itu, terdapat rangkaian beli belah Pacific disini.

Alor Setar Mall

  • Merupakan pusat membeli-belah kedua terbesar di bandaraya ini. Alor Setar Mall terdapat jaringan Pacific serta menawarkan pelbagai kedai makan seperti Georgetown White Coffee, Uno Cafe, KFC dan sebagainya. Terdapat juga sebuah panggung wayang yang terbesar di Alor Setar iaitu MBO Cinemas. Untuk ke sana mesti melalui Lebuhraya Sultanah Bahiyah yang dulu atau lebih dikenali sebagai Jalan Lencongan Barat dan memasuki ke Persimpangan Desa Seraya. Ia dibuka dari 10.30 pagi hingga 11.00 malam.

City Plaza

  • City Plaza pada umumnya adalah pusat beli-belah pertama di Alor Setar. Disebabkan terletak di tengah-tengah pusat bandar, ketiadaan ruang meletak kereta menjadi punca orang ramai jarang mengunjungi pusat ini. Walau bagaimanapun terdapat banyak kedai-kedai baju berjenama di dalam pusat ini serta sebuah restoran McDonald's dan kini mendapat sambutan semula sejak City Point digantikan dengan Urban Transformation Center yang menempatkan ejen kerajaan dan swasta.

Pekan Rabu

  • Terletak di pusat bandar Alor Setar, Pekan Rabu menampilkan suatu yang berbeza kerana pusat ini menyediakan kedai-kedai yang menjual barangan umum seperti dodol, kerepek, barang perhiasan dan juga lain-lain lagi.

Mydin Mall Alor Mengkudu

  • Baru sahaja siap dibina pada tahun 2012 yang terletak di Jalan Alor Mengkudu ini menarik ramai pengunjung kerana satu-satunya pusat beli-belah di kelilingi oleh kampung dan taman perumahan. Ramai yang tidak percaya apabila terdapat sebuah pusat beli-belah di situ terutamanya penduduk sekeliling. Alor Mengkudu menghubungkan Alor Tajar, Simpang Kuala dan Jalan Tanjung Bendahara serta Jalan Datuk Kumbar dan jika anda datang ke sana, anda akan melihat pemandangan sawah padi terbentang luas.

Ukir Mall

  • Terletak di Jalan Sultan Badlishah berhampiran dengan Star Parade dan Kompleks Peruda. Bangunan ini baru siap dibina pada tahun 2012. Mempunyai sebuah restoran kopitiam yang diniagakan oleh peniaga melayu dan terdapat sebuah dewan berhawa dingin untuk apa jua majlis keramaian.

Sentosa Mall

  • Terletak di Jalan Putra menghubungkan pusat bandar dan Mergong ini, Plaza Sentosa menawarkan anda pusat yang penuh dengan jualan teknologi intelek dan gajet seperti penjualan komputer dan telefon bimbit terbesar di Negeri Kedah.

Tesco Mergong

  • Terletak di Bandar Baru Mergong atau juga dikenali sebagai Starcity yang dibina pada tahun 2008 ini, adalah salah sebuah pusat beli-belah di Alor Setar pada ketika itu.

Tesco Stargate

  • Baru siap dibina pada tahun 2010, Stargate adalah sebuah bandar baru di sini menampilkan sebuah superstor terkemuka iaitu Tesco, namun pusat ini jarang dikunjungi pengunjung kerana kedudukan yang agak tidak strategik tetapi senang untuk membeli-belah di sini kerana tidak terlalu sesak. Salah satu faktor lain ialah berdekatan dengan pusat beli-belah terbesar kedua di Alor Setar iaitu Alor Setar Mall.

Souq Al-Bukhary

  • Juga dikenali sebagai Giant Albukhary ini terletak di Jalan Langgar off Jalan Tun Razak. Souq Al-Bukhary ini bersebelahan dengan Masjid Al-Bukhary yang tersergam indah.

Aman Central Mall

  • Aman Central menjadi mercu tanda baru (siap dibina Oktober 2015) bagi Bandaraya Alor Setar kerana ia menjadi pusat beli-belah terbesar di bandaraya ini mengalahkan pusat beli-belah yang dahulu dan telah menjadi pusat beli-belah terbesar di Negeri Kedah amnya. Dengan 8 tingkat pusat beli belah, 2 basement dan 2 tingkat tempat letak kereta di aras 5 dan 6 dapat memberi keselesaan kepada pelanggan di Alor Setar sendiri dan kawasan sekitar. Aman Central Mall juga dikelilingi oleh Amansuri Residence dan terdapat jalan pejalan kaki iaitu Aman Walk menjadikan Aman Central sebagai destinasi utama beli belah.[19] [20]

Aeon Big Hypermarket

  • Terletak di pusat komersial di persimpangan Jalan Tambang Badak dan Jalan Gangsa, pasar raya besar ini akan memberi banyak pilihan membeli-belah kepada penduduk Alor Setar dan sekitar. Pusat beli-belah ini akan dibuka pada 5 Disember 2014.

Rujukan

WikiPedia: Alor Setar http://web10.bernama.com/maritime/news.php?id=1557... http://www.gdparchitects.com/projects/current/aman... http://www.investasiapacific.com/Awards.htm http://www.weatherbase.com/weather/weather.php3?s=... http://population.wn.com/country/Malaysia/Kedah/Al... http://www.belleview.com.my/node/124 http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.aspy=2009&dt=... http://portal.kedah.gov.my/index.php?option=com_co...